Friday, August 5, 2016

Maternity Check Up Di KPMC Puchong Specialist Centre

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa dapat tahu "2 red line" hasil UPT (Urine Pregnancy Test), Cha dan Ahmad (suamiku) pergi klinik GP berdekatan untuk pengesahan. Iye la pertama kali dapat 2 red line yang terang jelas nyata memang lah terang-terang positif di situ tapi kami serahkan kepada yang pakar. Hehe.

Bila masuk jumpa doctor yang bertugas waktu tu, dia check guna mesin ultrasound tu. Dia tunjuk dan bagitahu dia tak jumpa apa-apa pun. Nothing. Ok dah cuak sebab kenapa kosong je. Itu cuak yang pertama. Lepas tu doctor minta Cha buat UPT. Ok akur lah buat je walaupun dah buat 2 kali di rumah sebelum pergi tu. Bila cek, memang positif sebab naik 2 red line.

Doctor tulis surat untuk di refer ke hospital. Sebab dia syak EP (Ectopic Pregnancy - sila Google untuk tahu apa itu EP hehe). Dengar je EP terus cuak buat kali ke 2. EP ni jangan main-main ok. Bahaya tau. Masa tu Cha dah 4 - 5 minggu period tak datang. Sakit macam senggugut / period pain memang takde langsung. Doctor tanya nak rujuk hospital mana. Kami pun bagitahu Colombia Asia Puchong sebab agak dekat lah juga dengan tempat kami ni. So doctor tu pun tulis lah surat tu, dia tulis nama ObGyn (Obstetrician and Gynecologist / Pakar Sakit Puan) tu Doctor Raja Juhaidah. Cha memang pernah nama dengar ObGyn tu. Agak terkenal jugalah.

Kami terus ke Colombia Asia Puchong selepas tu. Bila pergi sana, staff kat sana bagitahu ObGyn takde sebab masa tu public holiday (lupa la cuti apa). So kami pun request datang keesokan harinya. Cuma esoknya tu Doctor Raja tak available (maksudnya clinic dia tak buka) so kami pun bagitahu lah mana-mana ObGyn yang available je sebab rasa urgent kan. Malam tu susah nak tidur. Haha.

So esok paginya ke Colombia Asia Puchong. Ok la tak ramai orang pun. Kami jumpa ObGyn nama dia Doctor Silvam. Giliran Cha yang ke 2. Lepas daftar, duduk dulu. Nanti ada staff datang panggil untuk cek tinggi dan berat. Dalam setengah jam tunggu (kot?) baru la tiba giliran Cha..

Doctor Silvam sangat baik. Friendly and fatherly. Kami bagitahu lah dia apa tujuan kami ke situ kan. So dia pun buat ultrasound check. Sekali bila dia letak je, terus nampak kantung. Doctor cakap ada tuuuu.. hehe.. Cumanya tak nampak heartbeat lagi. Alhamdulilah bukan EP. Hilang dah rasa cuak semua tu. Sebelum nak beransur, doctor ada bagitahu kena datang lagi untuk cek heartbeat. Masa tu awal lagi so tak nampak lagi heartbeat janin. Kena tunggu dah reach 9 minggu macam tu untuk detect heartbeat. Doctor Silvam siap bagitahu, boleh teruskan check up di Colombia Asia atau boleh ke tempat lain. Baik kan dia tu takde nak push suruh buat kat situ juga.

Total checkup sekali je di Colombia Asia Puchong tu Cha dah lupa la berapa. Ada lah dalam RM300 + macam tu. Cha tanya Ahmad, dia kata dia dah buang resit tu sebab dia dah claim kat company dia. Tapi seingat Cha memang lebih RM300. Rasanya mahal bahagian pendaftaran kot? Alamak maaf betul-betul lupa..

Dipendekkan cerita, untuk check up seterusnya (cek hearbeat) kami buat keputusan buat di KPMC Puchong. Memang mula-mula tak tahu ada hospital lain selain Colombia Asia Puchong kat situ. Memang dekat dengan Colombia Asia. KPMC Puchong ni kalau dibandingkan dengan Colombia Asia, takde la cantik, kecil pulak tu. Tapi Cha tak kisah pun. Yang penting dapat cek dah kira ok dah. Sebabnya Ahmad nak Female ObGyn (kalau dapat lah). Doctor Raja Juhaidah yang dari Colombia Asia tu punya la ramai patient dia beratur-ratur menunggu. So kami tak larat nak tunggu lama dan tarikh yang sepatutnya kami pergi check up tu dah penuh, sebab tu kami pilih KPMC Puchong.

Sebelum ke KPMC ni, Ahmad dah call siap-siap tanya nama ObGyn kat situ. Kami pilih Doctor Siti Aishah. Ada 2 ObGyn di situ, seorang lagi nama dia Doctor Haslinda.

Cha pernah la baca review mak-mak ni, katanya dua-dua ObGyn kat KPMC tu memang ok. So takde lah rasa cuak ke risau ke..hihi.. Masa pertama kali check up di KPMC (Jumaat petang) tak ramai orang pun. In fact Cha dan seorang lagi pregnant mom kat situ tengah tunggu giliran. So tak lama lah tunggu nak jumpa doctor.

ObGyn kami tu baik orangnya. Masa pergi tu, Cha dah mula morning sickness (morning la sangat, sampai ke malam pun loya-loya dan muntah-muntah) so memang takde mood sangat pun. Di KPMC  tu check up sebelum jumpa doctor, staff situ check berat dan minta Cha buh air kencing dalam 1 bekas kecil untuk detect protein dalam kencing kita.

Ehh panjang2 tulis ni kan mesti uols penat dan bosan nak baca. Jangan marah ye harap bersabar. Cha akan tunjuk berapa kos check up di KPMC Puchong ni ok. hihi.  So far Cha maintain buat check up di KPMC Puchong. Masa awal-awal je buat hari biasa, lepas tu buat hari Sabtu. Senang sikit Ahmad nak pergi sebab Sabtu dia cuti. Dengan keadaan Cha yang melepek (pergi check up pakai kain batik, memang selebet sangat) dia tak yakin Cha dapat drive sendiri masa tu. Sebab tu Cha tak buat buku pink di KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak). Bayangkan kat KKIA tu lama nak tunggu giliran, silap-silap Cha terbaring terus kat situ hehe.. Alhamdulillah sangat-sangat sebab company Ahmad boleh cover maternity check up (claim basis).



Yang bertarikh 30 April ni tak tahu kenapa dia buh nama Doctor Haslinda. Tapi Cha buat check up dengan Doctor Siti Aishah ya..
Untuk check up bertarikh 16/7 ni, pihak KPMC bagi resit seperti di atas sebab ada masalah teknikal dengan printer (kalau tak silap lah)


InshaAllah Cha akan bersalin di KPMC Puchong. Deposit pun dah didahulukan. Kalau nak tahu, deposit tak bermakna uols akan dapat bilik terus tau. Yang itu Cha cerita kat entry lain pula ye. Terasa macam banyak sangat pula nak di absorb kalau tulis semua kat entry kali ni. Hihi. Oh ye, Sabtu ni (esok la tu, 6 Ogos) Cha ada check up, tapi bukan dengan Doctor Aishah..Sebabnya Doctor Aishah dah tukar hospital. Dia bertugas di SJMC pula. Huhu.. So esok Cha jumpa Doctor Haslinda, tapi untuk sekali saja sebab Doctor Haslinda pun nak tukar hospital (Colombia Asia Puchong). So yang replace both doctors tu Cha tak tahu lah siapa, tapi staff di KPMC tu kata ada 2 ObGyn. Nanti lah ye Cha update kat blog ni. Ikut kan hati, Cha nak maintain ObGyn yang sama je. Tapi sebab Cha dah selesa sangat dengan KPMC ni, walaupun dia kecil (senang la tak payah nak menapak jauh dalam bangunan dia tu) tapi Cha puas hati dengan servis dia. Dominos pizza pun sederet je hehehe.. 

Ok till then.. Wassalam.. Selamat berhujung minggu semua..  ;)


Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)

Wednesday, August 3, 2016

Bag untuk ibu/mak/mama/ummi

Untuk baby pun boleh ! Hihi. Uols yang mak-mak ni ada Diaper Bag tak? Nama lain Baby/Mommy Bag.. Ada macam-macam brand kat market sekarang ni kan.. Tapi kita nak kongsi cerita yang kita pakai lah ye ;)

Diaper bag yang Cha, adik, dan kakak ipar pakai ni namanya Jujube. Macam pelik pula nama brand bag tu kan? Hihi. Ok, Jujube ni Diaper bag dari USA. Dah lama dah dalam market.. Sejak 2005 kalau tak silap.. ;)

Kami adik beradik ni suka Jujube diaper bag sebab bag dia ni senang nak dicuci. Masuk dalam mesin basuh je ! Jangan lupa letak sabun ok.. Hihi. Senangkan?

Jujube ni ada macam-macam design dan print yang menarik! Inner lining (lining dalam bag) dia warna terang so senang lah mak-mak (dan bapak) nak cari harta karun dalam tu ;p

The downside bag ni, agak mahal. Sejak matawang kita tak stabil, supplier terpaksa naikkan harga. Maka kami yang merupakan salah satu Authorized Retailer ni pun kena tempiasnya. Kami bukan suka-suka nak naikkan harga tau ;)

Kalau nak cerita pasal apa yang menariknya Jujube diaper bag ni memang sampai esok tak habis. Ok ni kita copy and paste dari website Jujube ;)

* Beautiful prints that don’t look “diaper bag-ish”
* Wide array of styles, sizes and organization
* Machine Washable – Air Dry
* Agion® treatment inhibits growth of odor-causing bacteria, mold and mildew
* Teflon® fabric protector helps repel stains
* Memory foam changing pad for a comfy change
* Thinsulate by 3M bottle pockets to keep drinks hot or cold
* Structured bottom with luggage feet
* Multiple Carry Options, with removable or tuck-away straps
* Crumb Drains, bye-bye mess!
* Metal Hardware, for the ultimate in durability and style
* Light-Colored Linings, so nothing gets lost
* Quiet Magnets, so baby isn’t awakened by noisy velcro!

Uols boleh click link ini untuk penerangan yang lebih terperinci ;)

Tak lengkap kalau tak payung satu dua gambar Jujube diaper bag kan? Ok kita payung sikit ;p

 Left to right : BFF in Commodore, Be Light in First Mate, BFF in Admiral


Jujube Be Quicks on the body 
Be Quick ni best tau. Macam wristlet. Kat dalam tu ada 1 zippered pocket. Cuma Be Quick ni does not come with long strap. Short strap jer. Kalau nak long strap boleh try Be Set ;)

Be Set in First Lady. Be Set ni comes with large, medium, and small piece. Long and short strap pun ada. Cumanya large piece Be Set ni smaller than Be Quick ;)










Uols dijemput ziarah ke online shop Bizzy Mummy Boutique (Facebook link di kanan, atas blog ini) atau pun Instagram kami : Bizzy Mummy 
Setakat ni kita jual ready stock je, susah sikit nak buat pre order (unless kita bagitahu).. sebab tu nama Bizzy Mummy.. Hihi ;p 

Ok selamat menjamu mata ;p

Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)










Pemilik Blog Cha Syazana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Cha Syazana.

Ini merupakan blog post yang pertama. Sebelum ni Cha merupakan seorang blogger (tak famous pun) tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa shut down blog lama. Hehe

Kenapa Cha? Oh nama sebenar bukan Cha pun.. Nama betul ialah Syazana. Nama panggilan ada macam-macam sebenarnya.. Tapi sebab blog ni nama Cha Syazana so uols boleh je panggil kita Cha ok? ;) Nama panggilan lain tu mungkin pada blog post lain Cha cerita.

Cha sekarang ni housewife. Ada la juga buat small online business from home. Cha menetap di Selangor. Sekolah rendah dan menengah di Selangor ;p Lepas tu melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM) Kuantan Campus dalam jurusan Nursing. Sebelum kahwin, Cha ni bekerja. Tapi Cha resign few weeks sebelum Cha sah jadi isteri orang ;)

Kenapa resign? Sebabnya Cha sebelum ni Flight Stewardess. Memang sayang nak lepaskan kerja yang kita dah selesa tu kan. Tapi takpe, rezeki tu InshaAllah ada selagi kita ni sentiasa berusaha, berdoa dan tawakkal ;)

Sekarang ni Cha tengah mengandung anak sulung. Due baby ni first week of October 2016. Doakan dipermudah ya ;)

Sampai disini saja untuk blog post kali ni.. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. Cha ni jenis secretive sikit hihi ;)

Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)


Cha lah pengantin tersebut. Hihi