Wednesday, August 3, 2016

Pemilik Blog Cha Syazana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Cha Syazana.

Ini merupakan blog post yang pertama. Sebelum ni Cha merupakan seorang blogger (tak famous pun) tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa shut down blog lama. Hehe

Kenapa Cha? Oh nama sebenar bukan Cha pun.. Nama betul ialah Syazana. Nama panggilan ada macam-macam sebenarnya.. Tapi sebab blog ni nama Cha Syazana so uols boleh je panggil kita Cha ok? ;) Nama panggilan lain tu mungkin pada blog post lain Cha cerita.

Cha sekarang ni housewife. Ada la juga buat small online business from home. Cha menetap di Selangor. Sekolah rendah dan menengah di Selangor ;p Lepas tu melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM) Kuantan Campus dalam jurusan Nursing. Sebelum kahwin, Cha ni bekerja. Tapi Cha resign few weeks sebelum Cha sah jadi isteri orang ;)

Kenapa resign? Sebabnya Cha sebelum ni Flight Stewardess. Memang sayang nak lepaskan kerja yang kita dah selesa tu kan. Tapi takpe, rezeki tu InshaAllah ada selagi kita ni sentiasa berusaha, berdoa dan tawakkal ;)

Sekarang ni Cha tengah mengandung anak sulung. Due baby ni first week of October 2016. Doakan dipermudah ya ;)

Sampai disini saja untuk blog post kali ni.. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. Cha ni jenis secretive sikit hihi ;)

Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)


Cha lah pengantin tersebut. Hihi

No comments:

Post a Comment