Masa dapat tahu "2 red line" hasil UPT (Urine Pregnancy Test), Cha dan Ahmad (suamiku) pergi klinik GP berdekatan untuk pengesahan. Iye la pertama kali dapat 2 red line yang terang jelas nyata memang lah terang-terang positif di situ tapi kami serahkan kepada yang pakar. Hehe.
Bila masuk jumpa doctor yang bertugas waktu tu, dia check guna mesin ultrasound tu. Dia tunjuk dan bagitahu dia tak jumpa apa-apa pun. Nothing. Ok dah cuak sebab kenapa kosong je. Itu cuak yang pertama. Lepas tu doctor minta Cha buat UPT. Ok akur lah buat je walaupun dah buat 2 kali di rumah sebelum pergi tu. Bila cek, memang positif sebab naik 2 red line.
Doctor tulis surat untuk di refer ke hospital. Sebab dia syak EP (Ectopic Pregnancy - sila Google untuk tahu apa itu EP hehe). Dengar je EP terus cuak buat kali ke 2. EP ni jangan main-main ok. Bahaya tau. Masa tu Cha dah 4 - 5 minggu period tak datang. Sakit macam senggugut / period pain memang takde langsung. Doctor tanya nak rujuk hospital mana. Kami pun bagitahu Colombia Asia Puchong sebab agak dekat lah juga dengan tempat kami ni. So doctor tu pun tulis lah surat tu, dia tulis nama ObGyn (Obstetrician and Gynecologist / Pakar Sakit Puan) tu Doctor Raja Juhaidah. Cha memang pernah nama dengar ObGyn tu. Agak terkenal jugalah.
Kami terus ke Colombia Asia Puchong selepas tu. Bila pergi sana, staff kat sana bagitahu ObGyn takde sebab masa tu public holiday (lupa la cuti apa). So kami pun request datang keesokan harinya. Cuma esoknya tu Doctor Raja tak available (maksudnya clinic dia tak buka) so kami pun bagitahu lah mana-mana ObGyn yang available je sebab rasa urgent kan. Malam tu susah nak tidur. Haha.
So esok paginya ke Colombia Asia Puchong. Ok la tak ramai orang pun. Kami jumpa ObGyn nama dia Doctor Silvam. Giliran Cha yang ke 2. Lepas daftar, duduk dulu. Nanti ada staff datang panggil untuk cek tinggi dan berat. Dalam setengah jam tunggu (kot?) baru la tiba giliran Cha..
Doctor Silvam sangat baik. Friendly and fatherly. Kami bagitahu lah dia apa tujuan kami ke situ kan. So dia pun buat ultrasound check. Sekali bila dia letak je, terus nampak kantung. Doctor cakap ada tuuuu.. hehe.. Cumanya tak nampak heartbeat lagi. Alhamdulilah bukan EP. Hilang dah rasa cuak semua tu. Sebelum nak beransur, doctor ada bagitahu kena datang lagi untuk cek heartbeat. Masa tu awal lagi so tak nampak lagi heartbeat janin. Kena tunggu dah reach 9 minggu macam tu untuk detect heartbeat. Doctor Silvam siap bagitahu, boleh teruskan check up di Colombia Asia atau boleh ke tempat lain. Baik kan dia tu takde nak push suruh buat kat situ juga.
Total checkup sekali je di Colombia Asia Puchong tu Cha dah lupa la berapa. Ada lah dalam RM300 + macam tu. Cha tanya Ahmad, dia kata dia dah buang resit tu sebab dia dah claim kat company dia. Tapi seingat Cha memang lebih RM300. Rasanya mahal bahagian pendaftaran kot? Alamak maaf betul-betul lupa..
Dipendekkan cerita, untuk check up seterusnya (cek hearbeat) kami buat keputusan buat di KPMC Puchong. Memang mula-mula tak tahu ada hospital lain selain Colombia Asia Puchong kat situ. Memang dekat dengan Colombia Asia. KPMC Puchong ni kalau dibandingkan dengan Colombia Asia, takde la cantik, kecil pulak tu. Tapi Cha tak kisah pun. Yang penting dapat cek dah kira ok dah. Sebabnya Ahmad nak Female ObGyn (kalau dapat lah). Doctor Raja Juhaidah yang dari Colombia Asia tu punya la ramai patient dia beratur-ratur menunggu. So kami tak larat nak tunggu lama dan tarikh yang sepatutnya kami pergi check up tu dah penuh, sebab tu kami pilih KPMC Puchong.
Sebelum ke KPMC ni, Ahmad dah call siap-siap tanya nama ObGyn kat situ. Kami pilih Doctor Siti Aishah. Ada 2 ObGyn di situ, seorang lagi nama dia Doctor Haslinda.
Cha pernah la baca review mak-mak ni, katanya dua-dua ObGyn kat KPMC tu memang ok. So takde lah rasa cuak ke risau ke..hihi.. Masa pertama kali check up di KPMC (Jumaat petang) tak ramai orang pun. In fact Cha dan seorang lagi pregnant mom kat situ tengah tunggu giliran. So tak lama lah tunggu nak jumpa doctor.
ObGyn kami tu baik orangnya. Masa pergi tu, Cha dah mula morning sickness (morning la sangat, sampai ke malam pun loya-loya dan muntah-muntah) so memang takde mood sangat pun. Di KPMC tu check up sebelum jumpa doctor, staff situ check berat dan minta Cha buh air kencing dalam 1 bekas kecil untuk detect protein dalam kencing kita.
Ehh panjang2 tulis ni kan mesti uols penat dan bosan nak baca. Jangan marah ye harap bersabar. Cha akan tunjuk berapa kos check up di KPMC Puchong ni ok. hihi. So far Cha maintain buat check up di KPMC Puchong. Masa awal-awal je buat hari biasa, lepas tu buat hari Sabtu. Senang sikit Ahmad nak pergi sebab Sabtu dia cuti. Dengan keadaan Cha yang melepek (pergi check up pakai kain batik, memang selebet sangat) dia tak yakin Cha dapat drive sendiri masa tu. Sebab tu Cha tak buat buku pink di KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak). Bayangkan kat KKIA tu lama nak tunggu giliran, silap-silap Cha terbaring terus kat situ hehe.. Alhamdulillah sangat-sangat sebab company Ahmad boleh cover maternity check up (claim basis).
Yang bertarikh 30 April ni tak tahu kenapa dia buh nama Doctor Haslinda. Tapi Cha buat check up dengan Doctor Siti Aishah ya.. |
Untuk check up bertarikh 16/7 ni, pihak KPMC bagi resit seperti di atas sebab ada masalah teknikal dengan printer (kalau tak silap lah) |
InshaAllah Cha akan bersalin di KPMC Puchong. Deposit pun dah didahulukan. Kalau nak tahu, deposit tak bermakna uols akan dapat bilik terus tau. Yang itu Cha cerita kat entry lain pula ye. Terasa macam banyak sangat pula nak di absorb kalau tulis semua kat entry kali ni. Hihi. Oh ye, Sabtu ni (esok la tu, 6 Ogos) Cha ada check up, tapi bukan dengan Doctor Aishah..Sebabnya Doctor Aishah dah tukar hospital. Dia bertugas di SJMC pula. Huhu.. So esok Cha jumpa Doctor Haslinda, tapi untuk sekali saja sebab Doctor Haslinda pun nak tukar hospital (Colombia Asia Puchong). So yang replace both doctors tu Cha tak tahu lah siapa, tapi staff di KPMC tu kata ada 2 ObGyn. Nanti lah ye Cha update kat blog ni. Ikut kan hati, Cha nak maintain ObGyn yang sama je. Tapi sebab Cha dah selesa sangat dengan KPMC ni, walaupun dia kecil (senang la tak payah nak menapak jauh dalam bangunan dia tu) tapi Cha puas hati dengan servis dia. Dominos pizza pun sederet je hehehe..
Ok till then.. Wassalam.. Selamat berhujung minggu semua.. ;)
Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)
Untuk hubungi Cha uols boleh hantar email ke syazanahasri87(at)gmail(dot)com ;)
No comments:
Post a Comment